Friday, March 20, 2009

bermula saat manis kehamilan

Alhamdulillah...masuk je bulan ke 4 kehamilan aku mula rasa keseronokan hamil..ya lah semua makanan leh aku makan dah..x de lah lau makan kuar balik..yang syoknya semua nak makan ya lah dah ilang selera makan 1 bulan tu..pas tu apa lagi..PULUN laa...berat badan aku mula naik..risau gak naik MENDADAK..kot2 ade kencing manis..ya lah ..dah lah kena minum air gula..masyaallah manis giler..dh lah satu mug dia bagi..kena tunggu lak 2 jam nak tgk result camne..alhamdullah...x de lak..SELAMAT LA..

masuk minggu ke18 aku mula rasa benda lam perutku tergerak2..gelilah..cam x caya je..aku tpn hb cakap bb lam perut ade gerak...apa lagi bukan main hepi lagi lah..kini aku mula rasa seronok sangat..x sabar rasa nya nak jadi ibu.
Aku mula rasa camne ibu aku mengandungkan aku dulu..betapa susahnya utk menjadi seorang ibu..TERIMA KASIH MAA KERANA MELAHIRKAN AKU...SAYANG MAA..

Tuesday, March 17, 2009

perkembangan bayi 13-28

Minggu 13-16
Peranan membekalkan makanan kepada janin kini dijalankan oleh uri yang telah terbentuk sepenuhnya.Janin kini beruukuran 16cm panjang,diselaputi bulu2 halus yang lembut(lanugo),dengan kuku mula tumbuh pada jari jemari tangan dan kaki.Janin,uri dan air kini memenuhi keseluruhan rahim.Perlahan-lahan,janin mula menelan cecair dalam rahim dan membuang air kecil.Ia mula merasai pangalaman baru daripada makanan yang anda makan sambil mula mengenali bau dan rasa yang berkait dengan setiap jenis makanan.

Minggu 17-20
Si ibu mula mengesan pergerakan bayi dalam kandungan sambil ia mula meregang dan menggerakkan anggota2 tubuhnya.Janin kini berukuran 25cm panjang dan berat 340g.Kelopak matanya masih tertutup rapat sambil rambutnya mula tumbuh dan giginya mula terbentuk.Menjelang akhir bulan,janin akan mencapai separuh kepanjangannya pada waktu dilahirkan kelak.

Minggu 21-24
Janin kini mempunyai waktu2 khusus utk tido dan berjaga.Disamping bunyi degupan jantung dan aliran darah ibunya,janin juga berkemungkinan mendengar bunyi2 bising dan muzik serta bunyi2 lain di persekitaran luar sambil ia mula bertindak balas dengan bunyi2 tersebut.Menjelang akhir bulan,janin akan berukuran 33cm panjang.Ianya kini boleh membuka mata dan dengan daya penglihatan yang meningkat,janin mula menyedari tentang keadaan perubahan cahaya yang berlaku di luar rahim.

Minggu 25-28
Si ibu akan berupaya merasai pergerakan janin dengan lebih ketara,mungkin apabila ia tersedu atau tendangan menjadi semakin kuat dan boleh dirasai apabila tangan diletakkan diatas perut ibu.Keseluruhan janin diselaputi oleh bahan berlemak(vernix) yang melindungi kulitnya daripada cecair amniotik.Ianya kini berukuran kira2 37cm panjang

Rujukan:buku panduan asas kehamilan & kelahiran

Monday, March 16, 2009

Perkembangan bayi dalam kandungan(0-12minggu)

Perkembangan bayi dalam kandungan(0-12minggu)

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.


Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)

dari sumber:ratuhati.com

morning sickness


bila masuk kandungan 9minggu..aku mula rasa loya2, pening lalat..sampai x boleh bangun..nak ke toilet kena ade org bantu papah aku lau tak dok atas katil je.makan pun kat tempat tdo..bila dah pening2 mula lah uwekkk...uwekkk..pa lagi lau makan nasi sepinggan kuarnya 2 pinggan..entah lah datang mana sepinggan lagi..semua makanan x boleh makan apatah lagi bau-bau yg x menyenangkan..lau goreng2 pe pun x boleh..semua bau busuk...memandangkan bulan pose..aku hanya sempat pose 4 ari je yg selebih tu aku x pose..yang paling menyedihkan aku kena gastrik yg teruk masa pegnen.nak minum air pun terasa sakit..sampai kena masuk wad masuk air 8 botol,yang teruk je aku x boleh makan sayur..cakap doc lau aku makan sayur tu akan bertambah asid lam perut aku.nak jugak aku cuba lau makan sayur ni jadi camne..mak ai..sakit giler perut ni cam memulas dah lah terasa asid sampai ke tekuk telan air liur pun terasa..eeeee..makanan pedas,kari,tomyam ke ape makanan yg berempas n asuk cili semua x bolehhhh..

kuat makan

mula2 tau pegnen selera makan aku bertambah..ade ke patut makan nasi 4 x sehari tu...x termasuk makanan2 yg lain..semua ade depan mata aku pulun je..pantang tengok makanan je..nyum..nyum..macam org kebuluran plak..ade gak tgh malam rasa lapar bagun la makan biskut ngn milo..

kehamilan..




cam x caya je bila aku mula2 bt UPT..+ve plak..agak kabur gak masa tu..Aku lewat datang peod 3 ari je..tapi malam sebelum tu aku bermimpi bt upt +ve.tu lah keesokan hari suh hb belikan upt nk test urine tul ke lau aku pegnen..skali tgk cam ade 1 line je..bila nak buang lam tong sampah plak tergerak lam hati nak tengok skali lagi..tgk cam ade 2 line je tapi kabur..cam x cukup dakwat..hehe..Memandangkan x puas hati lagi ngn upt semalam tu aku beli lagi..n +ve lagi line terang ckit je..Untuk memuaskan hati aku yg x berapa puas hati ngn keputusan tu aku beli 4 upt..dan keputusannya tetap +ve..alhamdulillah..

Followers